Thursday 19 January 2012

Backdated Synopsis II -Urut-urutan.

Berapa banyak backdated synopsis daa..
Mmg banyak.. banyak sbb perjuangan hidup bukannya baru semalam. Tapi utk kisah TTC ni rasanya akan ada 5 bahagian.


1-Pembebelan ringkasan. (backdated i)
2-Pengalaman rawatan urut.
3-Pengalaman rawatan tradisional/agama/mistik.
4-Pengalaman rawatan hospital/modern.
5-Ringkasan perancangan akan datang.


So untuk yg kedua ni. Kita story pasal rawatan urut. Oleh kerana memory tak berapa sharp, tarikh2 sebenar tak dpt disertakan.
Oklah.. setelah lebih 6 bulan berkahwin, aku(guna kata ganti aku lah ye) masih tiada tanda2 mengandung mahupun period. Aku mula lah konpius, hari terakhir period waktu itu, adalah hari pernikahanku..
mesti ramai lelaki suka kalau wife muda lagi ganteng tapi takde hari cuti .
Oh ya, there will be no story on husband side of this TTC stories, segala permasalahan yg dikesan, boleh dirawat, jadi tak perlu di ceritakan lah rasanya. Lagi pun, cerita aku sorang pun tak cukup tanah..pehal gua nak cite pasal abam lak..wek wek..




URUT MENGURUT.


- Maka aku pun pergi lah berurut tradisional dekat kawan mak aku. Akak ni, bukak spa kat Ipoh. Sesungguhnya, aku fobia jugak dgn akak ni. Seperti yg aku war2kan, this blog may have content yg tak menyenangkan hati. Jadi aku tidak begitu menapis apa yg akan aku cerita. The first time urut, akak tu menceritakan tentang cengkaman rahim dan sebagainya.. pastu dia bgtau dia ada minyak khas utk kuat2 nih. Aku yg tak tau apa2, iyakan aja.. janji utk kebaikan gitu. Rupanya minyak tu, akak tu gunakan utk masukkan ke dlm vagina!! sadis tak? Luckily, akak tu agak pentingkan hygiene. Satu botol kecik minyak tu hanya utk sekali guna dan akak tu juga guna new latex glove (one time use) utk kerja2 memasukkan minyak tu. Mcm mana aku boleh buat derk? sbb anak.. sbb nak anak, aku relakan aje. Kali kedua urut, aku tanya akak tu. Kalo tak letak minyak tu, bleh tak? Nasib la akak tu kata takpe. maka selamat la aku. Lengkap 3 kali urut. sekali urut kos dlm RM55.00. Oh ye, menurut akak bidan tersebut, rahim aku berada agak tinggi. Kiranya yg bererenang2 ketepian tu tak sampai ke destinasi.


-Kali kedua iaitu beberapa bulan kemudian, aku di bawa jumpa seorang bidan tua. Aku pegi dengan biras aku yg tgh mengandung anak ketiga dia. Dia serasi dengan bidan ni. Dia sendiri pun pegi berurut hari tu. Kalau tak silap, kedudukan kendungan akak tu agak bawah. Bidan tu mengatakan kedudukan rahim aku senget. Maka dia urutlah rahim ku itu. Saket hoi.. tapi makcik tu kata, sudah.. tak payah tiga kali urut bagai. Maka tamatlah sesi dengan makcik tu.


-Kali ketiga, aku pergi mengurut dengan mak bidan yg mengurut adik ipar perempuan aku yg baru bersalin waktu tu(dua tahun dah umo anak dia). Sorry to say, makcik ni pun scary.. hehe..  tapi keinginan nak menimang anak mami campoq anak melaka dlm pangkuan tu tinggi sgt, jadik redahkan aje. Makcik ni pakai kebaya mcm mak mertua kassim selamat.. ngan ken batik. Tinggal di rumah kayu. dah la pegi tu dah nak lewat petang. Udah macam cerita seram Rashid Sibir pun ada.DAN Sekali lagi, aku ternoda..adei..!!! makcik ni pun letak minyak kat situt jugak. tapi kali ni lebih mengerikan.. makcik ni use her bare hands. ok la, aku pujuk hati aku, tgn makcik ni bukan buat apa pun.. mengurut je(walaupun minyak yg dia guna, minyak dari dalam bekas yg aku tau, dia guna utk org lain gak. Sudah habis dia urut aku, makcik ni nyalakan ROKOK and HISAP.. aku dah (*&^%$#!!! a.k.a terkesima. Tangan isap rokok?? alamakkk.. Pastu dia keluar dari tempat mengurut tu, tinggalkan aku utk tukar kain batik ke baju aku balik. Aku igt, cukup takat tu je scary nya.. rupanya ADA LAGI... masa aku tengah tukar baju tu. Aku usha la bekas minyak makcik ni(bekas aiskrim,berbentuk bulat, kaler putih, saiz 1 liter rasanya).   Kalau la aku kaki mencarut, harus tercarut dah aku. Dalam bekas minyak urut tu ada  lebih kurang 5 PUNTUNG ROKOK!!! WTH??? buang puntung rokok dalam bekas minyak yg dah guna utk urut satu badan aku..siap masukkan ke situt??? Selepas itu, aku cakap kat abam, maaf bebanyak.. aku takmau sambung dah. Jangan kata 3 kali. Setengah kali pun aku takmau dah. Abam pun agree.


-Kali keempat, aku di urut oleh sorang makcik indon. Sedap makcik ni urut. Adik angkat aku yg bersalin punya pengurut dia ni. Macam biasa, aku tumpang sekaki. Cuma yg tak syoknya.. makcik ni siap bleh ramal2 gitu. Dia kata, kau ni sihat je. cuma gemok je sket. Pastu dia letak jari dia kat pusat bandaraya aku sambil pejam mata. Pastu dia kata..haa.. 4 atau 5 orang anak kau nanti. Cewah.... nak satu pun terhegeh2 lagi ni.. ( SILA JANGAN PERCAYA, ROSAK AKIDAH KANG). Oh ya, makcik ni cakap, rahim aku ke bawah sangat.  So rahim aku pernah tinggi sangat, senget sangat dan bawah sangat. ~sigh~


-Kali kelima, dan yg paling latest 14,15,16 Jan 2012. Aku pi urut kat sorang adik ni kat Dengkil. ni, sorang sahabat yg rekemen. Sakit sungguh dia urut tapi dia kata rahim aku berada dlm kedudukan yg baik. Cuma urat2 sekitarnya bengkak sebab aku banyak minum ais. (haih..mati akal aku bab ni. Bukan banyak minum ais, aku mmg ketagih ais daaa...). Dia jugak pesan, suruh amalkan minum air halia ::faint::






Aku rasa mcm ada miss satu dua lagi makcik urut. Sape punye bibik ke. pernah urut aku. Mak yang punya kot(makcik aku) tapi tu biasa2 lah.. urut badan..


Urut tapak kaki aku tak cite la kat sini..bukan sekali dua aku buat.. hehehe



4 comments:

  1. ngeri serta menakutkan...perkmbngn terbaru??

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. sy akan update satu persatu.
    skrg ada di majlis perkahwinan adik ipar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok....x sabaq...kui3...

      Delete
    2. hee.. baru sempat buat satu entry . koleksi rawatan alternatif lak.. tapi tak habis. terpaksa buat 2 part sbb panjang sgt.
      weekend ni, kenduri belah lelaki lak. insyaAllah, lepas setel semua ni. akan lebih giat mengupdate.
      :)

      Delete