Wednesday 18 January 2012

Backdated synopsis I

Hmm.. honestly this is my first time writing blog. Like writing diaries..mula2 rasa nak tulis dalam bahasa inggeris. Bukan apa, dapat asah balik yg dah tumpul2 pastu mana tau kot2 satu donia baca. Tiba2 Mariah Carey pun baca ke.. Shah Rukh Khan pun baca ke.. tiba2 shah rukh khan datang Mesia jumpa aii.. auwwww...
<serius berangan tahap melampau..muahaha>
Bercakap ttg diary. Ai ada trauma sikit bab tulis diari ni.. hmmm.. dulu mak ai baca diari ai. Ai plak jujur. mak marah ai, ai marah mak balik dalam diary.. bila mak baca, dia belasah ai balik.. <maaf mak..mak tak salah, saya yg cute ni yg ntah apa2. konon2 rebel lah kunun >
Sejak dari tu.. mmg ai beli je diari buat semak. tulis nye? jangan harap..hehe




setelah hampir 4 tahun melayari alam rumahtangga.. setelah pi sana mengubat  berubat,  pi sini berubat. akhirnya ai beranikan diri pi testing kan diri ke LPPKN. sebelum ni tak berani dari segi financialy   sampai bila la kan?


-Pada bulan Ocktober, 2011 ai call LPPKN. Tanya nak pegi camne ape sume dan aku pun pegi.
Masa ni, akak misi daftar, bagi borang2 utk test2. Kata akak misi, siap test2 nanti, bawak resultnya jumpa doctor. Nak buat test ni kena tunggu period (takde hal la nak tulis pasal period kan? takde taboo lagi. sume dah pandai dan besor) . Dahtu punya la lama tak period. ai dah nak give up, nak gi ambik ubat kat klinik utk force. tup2 ujung bulan 12 terperiod pulak. Maka bermula lah sesi test mengetest.


-test pertama: Blood test pada hari ke-2 period. utk ujian hormon ape ke. ai lupa, nanti ai igt ai gitau ek?


-test kedua, HSG atau kata mudahnya x-ray rahim. pada hari ke-10 period(hari ke-10 dari hari 1st period). ni nanti ai huraikan alkisahnya.


-test ketiga, Blood test pada hari ke-21 period. utk ujian hormon progesterone (haa...yg ni ai igt..kekeke)


maka setelah semua test2 ni disiapkan iaitu isnin baru2 ni.(16/01/12), tarikh appoiment pun ditetapkan..pada 2nd Feb 2012. Elok le tu.. selesai sudah segala ke-busy-an kekahwinan keadik iparan..






Tiba2 rasa ada orang dok usha. satu jenis usha seperti org yg mengharapkan kasih dan sayang. Satu renungan dari sekujur tubuh yg terguling di atas kapet. Dari tubuh yg berkain pelikat, ber T-shirt TKO(tokeikedai).
Saya punya abam daa...


terbantut pulak rasanya nak pot pet lagi... oklah, esok ai sambung. hik hik...


No comments:

Post a Comment