Saturday 3 March 2012

Our 4th Wedding Anniversary

Pada 1st February 2012 iaitu kira2 sebulan yg lepas, genaplah 4 tahun perkahwinan aku dan abam. Last year we were at Langkawi at this very date. Ntah macam mana tahun ni tak plan ape pun.. eh, bukan lah ntah macam mana. Macam ni je sebabnya..
Sebabnya sgt berdekatan dengan tarikh walimah adik ipar lelaki ku dan seperti biasa, aku mmg jenis yg mmg tak boleh blah nak buat mcm2 dlm masa yg sama. Maka takde plan romantic vacation ape pun. Tak cukup dengan tu 2nd Feb kan aku ade appointment dgn LPPKN. Eloklah tak plan ape2. Lagi satu..sebab paling utama. Aku baru masuk keje.. mana ada cuti lagi..hua hua hua hua
Pastu aku takde idea dah nak plan ape..akhirnya aku cakap, takpela abam.. kita tunda celebration kite di lain hari dengan manis senyuman (dlm ati sedey woo... we are couples, masih berdua, takde henbeg.mesti la alam percintaan kami masih level lovey dovey lagi. itu pemberian Dia utk kami nikmati. so bile takleh nak hanimun2.. tensen gak le).

Dalam tengah dok bermuram durja tu, tiba2 adalah satu jemputan makan2 pada 1st feb kat rumah ex-schoolmates. Kebetulan diorang cuti hari wilayah time tu. Dari lepas SPM tak pernah jumpa.. dah 11 tahun??!! huihh. so aku cakap la kat abam.. teringin sesangat nak pi. Abam plak yg aku rasakan agak faham yg aku dah sedia bermuram durja di atas ketidakberapabestan enibeseri kami kali ni dgn selamber je agree utk pegi. Walaupun dari segi jarak.. jauh jugak sebenarnya. Bespren ku yg menjadi tempat luahan..(ye, aku bgtau kat anggun, aku sedey sbb takley detim tu sume) pun dengan jayanya,  berbesar hati menaja kek enibeseri aku. aku plak berterharu hati pada dia..huhuhu. Maka pergilah kami ke rumah pasangan kembar Farah Hana dan Farah Mona a.k.a schoolmates aku yg aku mmg tak pernah jumpa selepas spm. Sampai kat sana aku terharu dan lagi..dan lagi.. cik twins kita siap masakkan dish yg aku boleh makan. memandangkan aku tgh pantang mcm2. Sampai hari ni.. aku tak abes lagi rasa terharu tu. Rasa di sayangi gila2 lah.. huhuhu..

inilah dia wajah2 kawan2 yg buatkan aku terharu sepanjang hari enibeseri aku ritu..huhuhu.. akan ku kenang sampai bila2.
(Click jika nak belek berapa biji jerawat yg bertakhta di wajah2 ini semua..kui kui kui)

Sesi potong kek mmg kelakar. Tetiba je rasa feel pengantin kena usik sampai nak pose ambik gambar pun tak lepas. Dah la bukan satu dua kamera. Mengalahkan retis..hahaha.. Gugup hokeh!!  Tengok je la gambo2 kat bawah ni ha..






Walaubagaimana pun, aku teringin sgt nak keluar berdua dgn abam. huhuhu
Last2 esoknya, dengan selambe kodoknya jua aku memohon.. kurang2, nak la dinner ke.. movie ke.. hape ke(nak detim jugak2...wakaka)..Budak2 yg belajo takde gaji, pakei duit seponser dan duit pow pun boleh merendek tengok wayang, detim segala.. takkan le gue nak balik keje masak nasik lipat kain di hari anniversary? Gue sungguh tak boleh blah walaupun hanya untuk memikirkannya(jika gue ada henbeg comel a.k.a anak2, mungkin ianya logik utk dipikirin tapi buat masa skrg..nehii!!! Sorry okeh!).
Permohonan diluluskan.. abam kata okeh, jom kuar malam nih.. Maka bersiap dan kuarlah kami mlm tu..walaupun aku teringin bercandle light dinner ape sume.. tapi aku tak taruh harapan sgt la. Pasrah ala2 "berhenti berharap" lagu shila on se7en tuh.


Aku turun kereta je.. abam buat dah..aksi2 meruntun jiwa.. di ambilnye gambo aku. Huh, aku mmg ade masalah malu diamek gambo sensorang oleh lelaki walaupun abam. sekian!
tak pasal2 tersipu2 aku selama 15 menet tanpa henti..hahahahha

We had a candle light dinner that night..hehehe.. biar gambar sajalah yg meneruskan penceritaan.. aci tak? kui kui kui..

abam

isteri abam

gepren n boypren

abam's food

mine

Lepas makan, tengok wayang cerita Journey 2 The mysterious Island 3D, balik, tido, bangun esoknya pegi keje..kekekke

Bila letak gambaq byk2 rasa mcm panjang gilos lak entry ni..huhuhu...

sekian, percutian eniberseri ditangguhkan sehingga masa yg bersesuaian.. hik hik hik..

Thursday 1 March 2012

Apa yg akan dibuat (dah mula buat sebenarnya)

Yaa.. sepatutnya entry ni cerita pasal apa yg akan aku buat. Akan tetapi sbb sebulan lewat dari waktu sepatutnya entry ni dibuat. Maka, dah tak berapa akan lagi dah.. sbb dah mula pun.. kikiki..

Sepatutnya, aku akan bgtau plan aku kat sini. dan setiap kali ada sebarang update akan lahirlah entry baru.
Tapi let just see.. apa jari jemari tak brapa runcing aku menaip.

Pada sekitar bulan November, akhirnya bertemankan abam, aku beranikan diri pergi menjejakkan kaki ke LPPKN.  Yang ni, aku mmg betul2 tak igt tarikh dan yuran pendaftaran dia berapa. Maybe dlm RM50.

<aku akan senaraikan apa saja harga yg dikenakan di tempat ini sebagai rujukan utk sapa2 yg berniat nak pegi LPPKN tapi ketakutan dgn ketidak cukupan wang ringgit. Aku taknak ada orang patah semangat mcm aku sebelum ni so u guys can menabung, cari duit lebih atau apa saja bagi mencapai sebarang target yg korang nampak. LPPKN adalah sebuah badan kerajaan. Kalau tak silap aku, kos rawatan adalah partially subsidies manakala consultation adalah rate gomen.>

Kata akak yg bertugas(this akak sgt nice! lemah lembut budi bicara. Nama dia, kulupa.. nanti kalau pegi lagi ku skodeng). Oh ya, sebelum tu. Aku pegi ke LPPKN caw. Shah Alam. Sebelum ni aku selalu dimomokkan dgn kesukaran mendapatkan tarikh appoiment. Tapi sgt le terkejutnya aku. tak la susah pun? Akak tu cakap, buat test2 yg disuruh (mcm biasa..nanti aku listkan). Dah siap semua test, call utk tetapkan appointment.
Aku yg menyedari diri tak period2 mmg terkonpius.. sbb selagi tak period, mcm mana nak test semua ni?
So aku call klinik tu, dan diorang cakap..ambil ubat utk turunkan period. Aku macam tak syok aa...sbb takut mempengaruhi test2. Dalam aku dok tensen2 tuh.. tetiba pada 27th Disember datang pulak bulan menyinari ni.

Maka bermulalah segala test2 yg disuruh iaitu:
(hari yg dikira adalah hari pertama period)

Hari ke3 : Blood test. for FSH dan LH. (ada 2 hormon yg akan di uji. kos: RM45.50)
              : Abam turut perlu buat semen test. (kos: RM23.35)

Hari ke10 : HSG (aku rasa aku nak cerita pasal HSG ni dlm satu entry. nanti aku buat entry baru. kos RM180.00)

Hari ke 21: Blood test. for progesterone. (kos RM22.75)

Total korang kire senirik aci tak? sbb kalau boleh, aku tak nak hitung in public(dlm diary aku kire dan padahal mmg terang2 dah tulis cuma aku tak nak state total amount sbb aku taknak ada yg tiba2 rasa costly bila tengok total. Sedangkan perbelanjaan bukan kena pada hari yg sama.

17th Jan selepas tamat semua test, aku call LPPKN semula. diorang bagi date 19Jan tapi diorang bgtau that date agak ramai org yg dah buat appmnt. Maka aku pun tanyalah bila next appmnt kalau aku tak boleh datang on that date. Sebenarnya sehari selepas tarikh tersebut aku dah kena bersiap nak gerak ke Jitra. Adik ipar aku punya majlis pernikahan kat belah pihak perempuan(belah biras). Jadi aku sebagai org yg mmg pening kepala kalau kelam kabut, terpaksalah aku gave up tarikh tu. Walaupun ikut hati, aku tak pedulik ramai mana pun, sanggup tunggu gitu.. hehe..

So dapatla aku tarikh baru, the only date yg available adalah 2feb2012. Memandangkan anniversary aku 1stFeb, maka  cukuplah entry ni setakat ni dulu.. sbb nak bagi laluan entry enibeseri kuh.. kih kih kih..

Wednesday 29 February 2012

Backdated Synopsis IV

Sepertama2nya nak minta ampun banyak2. last update 26 januari sebulan yg lepas.. apadaa aku nih. hahhaa
ada beberapa kekangan yg mengakibatkan aku tak update blog. Kekangan terbesar adalah sekali miss, pastu mmg miss terus punya.. attitude hampes nih.

hmm... seperti yg dijanjikan bacdated synopsis IV adalah utk list down rawatan2 moden yg pernah aku cuba.
Sebenarnya inilah method yg paling sikit aku boleh listkan. Pelik kan? tapi sebab utamanya adalah kekangan financial. "Seorang yg bekerja dlm sektor swasta tanpa sebarang medical benefit" adalah frasa yg kerap kali bertayangan dalam kepala otakku. Apabila benda ni terlalu banyak menghasut kepala otak aku, akhirnya aku jadi patah semangat.

Yang aku paling berani buat, pegi klinik mintak advise nak regularkan period. (yaa..sbb pegi klinik panel under abam bleh free). Maka beberapa kalilah aku diberi pil2 hormon seperti pil perancang dan sebagainya.
(org kata bleh gemok sbb makan ni jugak.. tapi aku rasa aku gemok sbb aku ketensenan..hahaa)

Sehinggalah satu hari, cik temah atau lebih pemes dengan nama longan bagitau masa tgh ada bleeding yg terlebih. Cik temah cakap, pegi kat emergency sepital (sepital gomen yg mana dirahsiakan jelah..kang kena saman lak) pastu nanti mintak rujuk pakar. Aku pun buat la seperti yg dicadangkan. Dan ya aku dirujuk pada pakar kat situ. pegi timbang2.. terkejut badak haa kau.. 94kg.hahaa
Aku buat semua test yg disuruh, blood test, hsg dan sebagainya. Begitu jugak abam. Abam __isi tempat kosong____ (aku da cakap takmo cite pasal abam kan..kikiki). Aku lak doc cakap hormon progesterone kurang sikit. Aku pun tengok report tu. Yep, jatuh sket dari skala yg sepatutnya..
Tapi aku tak puas ati bila dia suruh aku dtg 6 bulan kemudian.. dgn kehilangan 20kg.. siap bg idea suruh pi slimming centre without sebijik ubat pun. Being over sensitip, aku mmg kecit ati la.. bukan pasal kata aku gemok. tapi pasal soh pegi slimming centre tu. Kalau aku mampu pegi situ..konpom2 aku dah pegi pakar2 gynea swasta yg pemes2!
Semangat aku jatuh lagi.. aku tak pergi appoiment yg lepas 6 bulan tu. Berat aku? turun naik tak banyak beza pun. Beberapa bulan lepas dari tarikh appointment tu, abam bgtau nak pindah Klang. Sah2 la lagi aku tak sambung dah jumpa doc tersebut.

Itu sajalah treatment versi moden aku.. hehehe

Supplement yg aku ambil:

- EPO 1000mg per day (skrg aku tgh tak ambil sbb aku ada baca yg ia mmg membantu regularkan period tapi dia mcm tak berapa membantu ovulasi)
- vit C 1000mg per day hehe..
- folic acid.. not sure how many mg.

hah tu jela..

Aku expect entry akan pendek sesangat.. pendek tak?
hehehe.. sbb aku dah gedik nak buat entry lain dan entry yg ni mmg isi dia pendek aja.. :P




Thursday 26 January 2012

Backdated Synopsis III - (ii)

Hmm.. ni sambungan kisah2 rawatan alternatif yg sebelum ni.


Oh ye, ada satu benda yg sepanjang setahun dua pertama perkahwinan yg kerap jadi kat aku selain dari mengigau. Bila aku bangun pagi2, aku ni ada habit sikit. Bangun2 terus gi mandi. Kalau aku tak mandi dulu and tangguh, maka lambatla aku nak mandi. Rasa takmo mandi je.. kekekke.. pastu kalau aku dah geli mengelijat sbb tak mandi, tapi aku tak dpt mandi, akan berlakula fenomena saket kepala yg tak best. Takdela sakit mana, tapi cukup utk menimbulkan rasa menyampah terhadap benda2 yg takde ape pun. Eh.. benda yg aku nak cakap bukan sakit kepala or mandi tapi kesan kat badan. Biasanya pagi2, aku bangun.. terhoyong hayang, tarik towel..pegi bilik air. Time mandi ni aku akan perasan ada mcm kesan cakar2 kat badan aku. Merata lah jugak. Hari ni kat bahu, esok kat perut, lusa kat mana2 aje(takkan aku nak sebut semua..isk isk). Kesan cakar ni akan hilang lebih kurang waktu zohor.biasanya, bila lepak2 malam2, kelebek2 balik, dah takde. Esoknya bile mandi, ada balik tapi lokasi lain. Aku igt, elergik ape2 ke.. tapi satu yg tak tahan, kesan cakar tu sama je bentuk dia. 3 baris, panjang dlm 2-3 inci. Aku sendiri tak pasti..masa bila benda ni hilang. Skrg dah takde, maybe dlm tahun ke 2 mcm tu lah kot?(sungguh aku tak igt).


 Apabila aku involve dgn benda2 mistik mcm ni, aku jadi tak suka org tido rumah aku sbb aku takut, aku terbangun tgh2 malam, buat hal depan org. Plus, biasanya aku akan bangun dgn sangat letih. The thing is, sampai hari ni aku takleh recall apa2. Abam cerita, dia siap bleh soal jawab ngan aku tgh2 malam. Siap aku bleh bgtau kampung aku celah pokok buluh tepi tasik la..aku nak kau tinggalkan dia(aku le) la..apela. Macam2 lah dialognya.. tak tergamak aku nak igtkan balik. Sedih.


-ok, kali ni sesi ngigau2 ni jadi balik. Kali ni aku dah mula tak boleh blah..tak mungkin stress lagi. Syukur aku dikelilingi org yg banyak (walau bukan semua) support aku dari segi emosi dan mental terutama abam, family, anggun and friends :). Tapi aku segan gila nak pi balik jumpa Hj Lokman sbb salah aku ler.. tak amalkan ape yg disuruh a.k.a padan muka aku. aku biarkan..sampai hampir 6 bulan lagi.. oh ye, time ni kami dah pindah balakong. Last2 serender gak la.. so kami pun pegi. Time ni beliau dah populer.. abam pegi nak dpt kan date, 1 bulan pastu baru leh jumpa. huhuhu..
Kali ni, beliau bgtau aku yg aku disihir kembali, dari sumber yg sama. cuma kali 21 jin dihantar kat aku. Aku terkesima la jugak.. ::versi loqlaq:: mak oi.. ramainya puak2 ni berkampung.. ::versi sebenar:: hanya Allah yg tau hati aku waktu tu. Terasa nak sgt tau, sapa la yg gamak sgt buat camni. Nak apa dari aku sebenarnya? Kalau aku boleh bagi, aku bagi..  Sampai hari ni aku taktau sapa punya kerja. Tu jugak salah satu sebab aku tulis blog ni. Aku nak bgtau, sapa2 ada yg tak puas ati kat aku, aku minta maaf banyak2. Aku pun manusia, ada banyak khilaf. Jika aku buat silap itu bukan sesuatu yg pelik. Terutama jika silap tu dah lama berkurun, kalau boleh janganlah dikenang2, dihafal2..
ok, masalah yg seterusnya adalah tarikh utk jumpa seterusnya adalah 6 bulan kemudian..isk isk
so pergi lah lagi.. kali ni beliau kata, dah ok.  so next appoiment adalah utk sesi usaha utk dapatkan zuriat which aku tak pergi sbb aku takleh nak menyabo dgn date dia..hehehe


-Next, actually ni bukan next.. ni in between aku pun tak igt masa bila. Adalah abah mak aku di kenalkan ngan sorang perawat ni. So sebagai langkah berusaha, kami pun pergi lah jumpa. Sesungguhnya, aku taktau nak kata apa.. eksen gile pakcik ni. huhuhu..
pakcik ni cakap.. org panggil dia ghost buster (yeah you read it right.. aku dah jumpa datin maimon way before maharaja lawak lagi..isk isk) pastu dia cakap, dia tengok aku pun dia tau, aku ada saka.. haikk?? pastu pakcik ni bagi namecard.. aku tak boleh blah le part ni. Name card dia ade nama ngan nombor telepon dan jawatan dia sebagai GHOST BUSTER.. errrkkhhh... tak cukup dgn tu. background name card tu gambo CASPER tgh terbang lagi.. ::sila tepuk dahi:: maka kesimpulannya. satu kereta kitorang gelak terkekek2 masa balik.. dan aku tak pi lagi dah jumpa pakcik maimon tuh..


-Ada lagi sorang pengubat ni pun ntah sapo rekemen.. dipendekkan cerita takde yg pelik pakcik ni melainkan aku tengok ade kain2 kuning and selepang2 mcm org silat2 gitu. punca aku tak sambung pi kat pakcik ni sbb aku hampir tersembur dgr apa yg dia mintak. kat aku, lps dia scan kata aku ok.. takde masalah. Tiba2 dia tengok abah aku, dia kata ada org nak santau abah aku tapi tak berjaya. Pastu nak ubatkan kena bawak barang2 ni .. timun, epal ijau, tomato. aku dah terkesima kat situ.. nak masak som tam ke? dalam aku terkesima tu, datang la sorang pesakit. dia ni maybe dtg utk rawat sbb dah siap bawak barang2 utk berubat.. guess what? dia bawak kobis, carrot, timun, tomato dan banyak lagi sayur ::ok, sila tepuk dahi lagi:: aku dah mcm weird sikit.. pengalaman aku bila dah terlibat ngan benda2 gini, seboleh2nya aku takmo guna benda2 perantara sebagai pengubat. Jadi sbb hati aku pun goyah.. maka aku pun back off.


-Ha...ada sorang lagi, ni kawan aku yg bawakkan.. kat rawang. pakcik tu urut abam. anak pakcik tu urut aku.. pakcik tu kata aku ok takde ape.(dari segi kedudukan rahim) kat abam aku plak dia nak urut kasik kuat..aaaii.. ni dah cerite lain..adei.. aku larik le. gasakla diorang nak sembang ape, aku gi men jejauh.
Aku urut situ 3 kali.. ikut syarat urut biasa. pastu tak sambung dah sbb jauh.. huhuu rawang ooo...
(haaa..kan aku dah kata. ada sesi urut yg aku miss dlm entry sebelum ni...kekkeke)


Selain berubat ala2 mistik ni. Aku cuba jugak


Ubat2 tradisional:


-Homeopati.. dua tempat. dua2 gagal sbb aku takleh nak disiplin pantang larang.


- Aku try maajun. Alhamdulillah.. nampak better skit period cycle. tapi selagi makan, takleh le nak ngandung. So aku stop dah maajun.


- Aku makan ubat kedai cina. <tak sedap, dan tak wangi> dah telan.. tak de perubahan.


- Aku guna ubat.. er.. aku lupa ubat apa nama dia tu. mcm air yg dah di ngaji2kan. titis2 masuk dlm air minum tu. Kak Nurafidah yg bagi. (tenkiu akak..pelok siyom sket)


-Aku amalkan habbatus sauda. Bila aku teringat, aku titikkan dlm air minum/masakan aku.


- Aku amalkan minyak zaitun dalam masakan aku. Kalau aku buat salad, mmg konpem aku tuang punya. Pasta pun sama. lepas rebus and tos, aku akan tuang minyak zaitun kat pasta tu.


-Aku kurangkan guna minyak sawit utk menggoreng. Aku pakai minyak bunga matahari.


- Aku ada buah zuriat yg dibeli dari mekah. Kak yin bagi (tenkiu kak yin..mua muah). tapi aku tak gunakan lagi..sayang sgt2.(gilo apo ntah?) bukan sayang.. sebolehnya aku nak regulate kan period dulu baru makan.
Oh ya, ada juga opismet abam bagi buah zuriat ni. Kire dlm simpanan aku ada dlm 3 biji.


-Aku ada serbuk debunga kurma, sarip bagi. Pun sama kes spt di atas, aku masih belum guna.


-Aku ada kapsul habatus sauda dari mekah, yg ni aku lupa sgt2 sapa bagi.


-Kadang2, sekali atau dua kali dlm sebulan, aku akan panaskan susu dan masukkan safran dlm tu and minum(ada org pesan, safran tak elok ambil kerap tapi baik jika diambil).


Ketiga2, benda dari mekah (kapsul habatus sauda, buah zuriat dan serbuk debunga kurma) insyaAllah, aku akan mula guna selepas appoiment aku dgn LPPKN 02.02.12 ni. Selepas aku jumpa doc, baru aku bleh rancang timing nak consume.


As usual, of course ada yg miss nih.. 4 tahun itu lebih dari seribu hari.. banyak yg berlaku dlm tempoh tu. tak mudah nak igt semua. Tapi aku dah cuba perah, memori aku sebaik mungkin..  hehehe...


Akhirnya, aku boleh move on ke kisah lain plak...ngeeeeeeee...

Wednesday 25 January 2012

Backdated synopsis III - (i)



23-01-2012 . Sekarang ni aku ada dalam train ETS menuju dari Ipoh ke KL. Movie kat depan mata ni Harry Potter..nice kan? Seperti yg dijanjikan, aku akan cuba karang selengkap mungkin dan update satu persatu tentang pengalaman TTC aku selama hamper 4 tahun ni(insyaAllah, seminggu lagi genap 4 tahun). Kali ni, aku cuba compilekan pengalaman dengan perawat2 alternatif. Mesti ramai suke citer2 mistik nih.. oleh itu, aku cerita detail sikit. Kasik even more menarik. :)

Bermulanya aku terlibat dengan perkara sebegini, adalah ketika memasuki tahun kedua perkahwinan.  Masa ni aku tinggal di UK perdana. Sebelum tu aku tinggal di Bandar Permaisuri berdekatan dengan downtown Cheras. Kerap jugalah aku membakar kalori di downtown tu. Selepas pindah ke UK Perdana pun kami stil merayap ke sana.

-Ntah mcm mana, one night tu..kami saja la gatal nak try urut tapak kaki kat situ. Lps tu abam mcm tertarik nak buat bekam. Pakcik tu pun cerita lah pasal bekam ni. Amalan nabi dan sebagainya..juga ayat2 yg dibaca ketika berbekam. Aku pun terasa nak join sekaki. So dengan berani2 yg tak berapa berani.. aku hulurlah kaki aku. Seriously, aku seram le jugak.. bila pakcik tu nak cucuk2 guna jarum yg org guna utk check darah tu. Tapi tiba2 aku rasa ringan je, mcm tertidur. Pastu tetiba pakcik tu kata dah sudah. Aku blur gila? Aku nak bangun, abam n pakcik tu tahan.  Dia duduk, rehat dulu.   Masa tu aku dah saspek, ape kes?
Then bila aku dah minum air masak yg pakcik tu bagi, abam cerita. masa tu. pakcik tu tgh nak cucuk2 tu. pakcik tu baca sedikit ayat dari surah2 pendek. tiba2 aku mengelupur siap terterajang pakcik tu sekali(ya ampun..sib baik aku pakai seluar. kalau kain?errr...). Pakcik tu kata, nanti pergilah jumpa mana2 ustaz, pegi berubat, ade yg tak kena ni dik. Nak tunggu pakcik, pakcik sibuk sgt sebulan dua ni. Hoh.. mistik gila nih! cuak den.. lepas beberapa ketika kami bergerak dari gerai tu. Ada sorang pekerja pakcik tu kejar kitorang. Dia kata, dia bleh dtg rumah, bekam kan abam dan rawat aku sekali. Kitorang yg mmg diambang ke mistikan ni, iyekan ajelah. so the next few days, dia pun datang and buat bekam abam. Sungguh kami kena kena tipu ngan mamat ni. Bila tanya fees, dia kata alahh..biasa2 je. Pas dia bekam abam, dia kire camne ntah tiba2 RM550!! terkejut badak dibuatnya. Terpaksa aku korek tabung singgit aku. Tu pun tak cukup. Abam plak cover ngan saving dia. Padan la mamat ni tak berani nak offer diri depan pakcik tu. Lepas kitorang blah baru dia kejar. Ambik kesempatan rupanya. Takpelah, bukan rezeki kami. Pastu dia tanya plak, nak rawat aku ke tak? Abam kata..haa..nanti2 teleponn... (mmg harapan la nak telepon..kekeke)

-So, selepas tu kami pun bgtaulah kat mak pasal hal ni. Mak pun apa lagi, tanpa pengetahuan kami, terus cari member mak yg terer bab2 mende gini. Malam tu sepatutnya kami pergi tengok theater, musical puteri gunung ledang. First time aku nak tengok teater tu(sudahnya sampai arini aku tak pi2 dan masih belum berpengalaman menonton teater di istana budaya..hehehe). Mak call and cakap..balik ipoh pada kadar segera. so kami pun lelongkan lah tiket2 tu. Frust jugak. kalau tak silap, kami plan hampir 17 orang mlm tu. Alih2 tak dpt join. Takpelah, bukan rezeki kami. 
Bila balik dan di introduce kpd pakcik tersebut, pakcik tu kata.. ade bunian minat kat aku(sungguh la..aku mintak maap, bukan aku perasan tapi pakcik tu yg cakap camtu) pastu pakcik tu cakap, depa ni dua orang. Dua2 minat kat aku dan tak suka aku kawen ngan abam. Tempat tinggal diorang ni, semak kat belakang bilik aku.ni mesti kes terskodeng lalu terpesona melihat aku kot tingkap neh.. Jadinya, diorang kunci hati ngan rahim aku. Bagi aku kalau nampak abam je nak amok.. nak gadoh..  . oh ye, aku kerap jugak mengigau malam2 tapi aku anggap benda2 tu sbb aku stress. Mmg aku stress tahap tinggi gak time tu. Ntah pape je ntah isu yg buatkan aku stress. ok lepas setel ngan pakcik tu, balik KL abam cakap dah kurang ngigau.. hmm.. suratan atau kebetulan? wallahualam..

-tak sampai 3 bulan, aku start balik mengigau.. disusuli dengan amok2 tahap gaban. Lepas amok aku akan blur. Tapi ntah, aku malas nak pk berubat. sbb aku masa tu pikir mmg aku stress. Silap aku kisah sgt kata dan pendapat org. Aku kisah sgt nak capai kepuasan hati org sampai nak paksa diri aku. Tapi aku yg degil ni mmg tak suka nak paksa diri lebih2.. last2 aku amok sbb gagal nak capai kepuasan hati orang. hahaa.. ngok kan? Dalam keadaan yg agak meruncing (aku dah mula berfikir ttg putting a fullstop. Org kalau dah suka sgt, buat apa tunggu lagi?), tiba2 mak ajak pegi Adelaide. yaa.. sounds good, tapi sbb faktor financial.. tang mana goodnya. Nak buat passport pun aku korek tabung. Duit poket? pun korek tabung.. Abam pun bagi gak..lepas convert, adalah tak sampai AUD80. Campo duit aku adalah dlm 150. nak pegi 2 minggu...hahaha.. pitam tak? Gile ape nak mintak kat mak lak.. sedangkan tambang aku 100% mak tanggung. Tu pun aku stress. Aku anak sulung, patutnya aku yg tanggung mak aku. Dari kecik, kami tak diajar meminta2 dan mengepow2 sesedap rasa. Stress sungguh aku bila pikir aku ni nama je sulung tapi haram tak guna dkt keluarga sendiri. (honestly, i really thought of that). Ni bukan apa, kes terkejut kot..dok nak kena tanggung mcm2..sebelum ni semua uwang ana..ana yang punya..kekeke
Ok, dah melalut kelaut ni.. Setibanya aku kat Adelaide. benda pertama yg aku buat, aku call abam. Oh ya, sebelum pegi tu, sempat lagi aku menyampah ngan dia. Dah naik kapal terbang baru tau takut mati tak sempat mintak ampun adei..After that phone call, aku tak tunggu lama utk call lagi..
weird sgt? tiba2 rindu melampau2..habis kredit adik aku aku sebat. duit abam bagi. aku pakai 10 ke 20 dollar kot utk tepon? huhuuuu.. tak cukup dgn tu, sambung kat ym..pm tko dll. 
Time ni aku mula rasa pelik... mak pulak kata, kalau dah langkah laut, benda2 ada yg kena tinggal..(pehh..mistik sungguh). Masa ni aku kenal la seseorang ni(sorry, yg ni aku takmo expose) suggest aku jumpa sorang ustaz ni. Aku 50-50 je.
Akan tetapi.. setelah rindu bagai nak gila, aku pun balik lah ke KL. Guest what.. masa salam abam lagi aku dah mula nak naik baran for no reason? tapi aku control sbb ada mak abah. Naik je kereta.. aku dah amok. sampai aku tarik2 stereng soh berenti tepi jalan. Aku suruh abam kuar. Bukan aku nak tinggal dia..tapi aku takleh tengok muka dia. Aku ambik masa 5 minit je sebelum aku sebut. 
"abang esok kita pi jumpa Hj, Lokman. by hook or by crook. I rasa tak sedap hati sbb i have no reason for my upset feeling right now." Abam terus setuju.
Jumpa lah kami dgn En. Hj. Lokman.. ketika itu sudah agak glamour. pegi pkl 8, pkl 11 baru leh jumpa. Tapi lepas je kuar rancangan Penawar Syifa yg diacara kan oleh ashraf muslim tu, pegi hari ni bulan depan baru leh jumpa..huhuhu Masa aku pegi tu, aku di scan and di rawat oleh Hj Lokman n Ashraf Muslim oihh..putih melepak, kulit mulus tulus fulus betoii...jambu sungguh dia nih..(maaflah tapi ciptaan tuhan yg cantik takkan nak buat2 tak nampak lak)..arghh banyak nya melalut nih.. Menurut kata Hj Lokman, aku kena sihir. Ada (aku lupa) lbh kurang 15 ekor jin dlm badan aku. Errkkk!!! kalau korang rasa semacam.. aku lagi rasa macam2.. tengok jin pun aku tak berapa teringin inikan pulak simpan2 dlm badan. Ust cakap, jin tu tinggal dkt hati, perut, kedua2 belah ovari dan juga rahim. Aku sedih gila.. sbb tak expect ada org yg ada hati buat org lain mcm ni? hey..kau boleh datang, sepak aku.. simbah air kencing sekali pun kat aku. tapi jgn main2 ngan setan jin. Agak2 la..
Lepas balik dari tu.. aku ngan abam aman bahagia sejahtera sgt. jumpa ust kali kedua pun ust kata dah clear..dah ok dah. 

silapnya aku kat sini. aku tak amalkan ayat2 al-quran yg disuruh amalkan masa kali terakhir jumpa tu. Kemanan tu tak kekal lama.. maybe dlm 6/7 bulan.

aku rasa aku akan sambung dlm new post sbb panjang sgt dah ni.
it will be in Backdated synopsis III - (ii)

Thursday 19 January 2012

Backdated Synopsis II -Urut-urutan.

Berapa banyak backdated synopsis daa..
Mmg banyak.. banyak sbb perjuangan hidup bukannya baru semalam. Tapi utk kisah TTC ni rasanya akan ada 5 bahagian.


1-Pembebelan ringkasan. (backdated i)
2-Pengalaman rawatan urut.
3-Pengalaman rawatan tradisional/agama/mistik.
4-Pengalaman rawatan hospital/modern.
5-Ringkasan perancangan akan datang.


So untuk yg kedua ni. Kita story pasal rawatan urut. Oleh kerana memory tak berapa sharp, tarikh2 sebenar tak dpt disertakan.
Oklah.. setelah lebih 6 bulan berkahwin, aku(guna kata ganti aku lah ye) masih tiada tanda2 mengandung mahupun period. Aku mula lah konpius, hari terakhir period waktu itu, adalah hari pernikahanku..
mesti ramai lelaki suka kalau wife muda lagi ganteng tapi takde hari cuti .
Oh ya, there will be no story on husband side of this TTC stories, segala permasalahan yg dikesan, boleh dirawat, jadi tak perlu di ceritakan lah rasanya. Lagi pun, cerita aku sorang pun tak cukup tanah..pehal gua nak cite pasal abam lak..wek wek..




URUT MENGURUT.


- Maka aku pun pergi lah berurut tradisional dekat kawan mak aku. Akak ni, bukak spa kat Ipoh. Sesungguhnya, aku fobia jugak dgn akak ni. Seperti yg aku war2kan, this blog may have content yg tak menyenangkan hati. Jadi aku tidak begitu menapis apa yg akan aku cerita. The first time urut, akak tu menceritakan tentang cengkaman rahim dan sebagainya.. pastu dia bgtau dia ada minyak khas utk kuat2 nih. Aku yg tak tau apa2, iyakan aja.. janji utk kebaikan gitu. Rupanya minyak tu, akak tu gunakan utk masukkan ke dlm vagina!! sadis tak? Luckily, akak tu agak pentingkan hygiene. Satu botol kecik minyak tu hanya utk sekali guna dan akak tu juga guna new latex glove (one time use) utk kerja2 memasukkan minyak tu. Mcm mana aku boleh buat derk? sbb anak.. sbb nak anak, aku relakan aje. Kali kedua urut, aku tanya akak tu. Kalo tak letak minyak tu, bleh tak? Nasib la akak tu kata takpe. maka selamat la aku. Lengkap 3 kali urut. sekali urut kos dlm RM55.00. Oh ye, menurut akak bidan tersebut, rahim aku berada agak tinggi. Kiranya yg bererenang2 ketepian tu tak sampai ke destinasi.


-Kali kedua iaitu beberapa bulan kemudian, aku di bawa jumpa seorang bidan tua. Aku pegi dengan biras aku yg tgh mengandung anak ketiga dia. Dia serasi dengan bidan ni. Dia sendiri pun pegi berurut hari tu. Kalau tak silap, kedudukan kendungan akak tu agak bawah. Bidan tu mengatakan kedudukan rahim aku senget. Maka dia urutlah rahim ku itu. Saket hoi.. tapi makcik tu kata, sudah.. tak payah tiga kali urut bagai. Maka tamatlah sesi dengan makcik tu.


-Kali ketiga, aku pergi mengurut dengan mak bidan yg mengurut adik ipar perempuan aku yg baru bersalin waktu tu(dua tahun dah umo anak dia). Sorry to say, makcik ni pun scary.. hehe..  tapi keinginan nak menimang anak mami campoq anak melaka dlm pangkuan tu tinggi sgt, jadik redahkan aje. Makcik ni pakai kebaya mcm mak mertua kassim selamat.. ngan ken batik. Tinggal di rumah kayu. dah la pegi tu dah nak lewat petang. Udah macam cerita seram Rashid Sibir pun ada.DAN Sekali lagi, aku ternoda..adei..!!! makcik ni pun letak minyak kat situt jugak. tapi kali ni lebih mengerikan.. makcik ni use her bare hands. ok la, aku pujuk hati aku, tgn makcik ni bukan buat apa pun.. mengurut je(walaupun minyak yg dia guna, minyak dari dalam bekas yg aku tau, dia guna utk org lain gak. Sudah habis dia urut aku, makcik ni nyalakan ROKOK and HISAP.. aku dah (*&^%$#!!! a.k.a terkesima. Tangan isap rokok?? alamakkk.. Pastu dia keluar dari tempat mengurut tu, tinggalkan aku utk tukar kain batik ke baju aku balik. Aku igt, cukup takat tu je scary nya.. rupanya ADA LAGI... masa aku tengah tukar baju tu. Aku usha la bekas minyak makcik ni(bekas aiskrim,berbentuk bulat, kaler putih, saiz 1 liter rasanya).   Kalau la aku kaki mencarut, harus tercarut dah aku. Dalam bekas minyak urut tu ada  lebih kurang 5 PUNTUNG ROKOK!!! WTH??? buang puntung rokok dalam bekas minyak yg dah guna utk urut satu badan aku..siap masukkan ke situt??? Selepas itu, aku cakap kat abam, maaf bebanyak.. aku takmau sambung dah. Jangan kata 3 kali. Setengah kali pun aku takmau dah. Abam pun agree.


-Kali keempat, aku di urut oleh sorang makcik indon. Sedap makcik ni urut. Adik angkat aku yg bersalin punya pengurut dia ni. Macam biasa, aku tumpang sekaki. Cuma yg tak syoknya.. makcik ni siap bleh ramal2 gitu. Dia kata, kau ni sihat je. cuma gemok je sket. Pastu dia letak jari dia kat pusat bandaraya aku sambil pejam mata. Pastu dia kata..haa.. 4 atau 5 orang anak kau nanti. Cewah.... nak satu pun terhegeh2 lagi ni.. ( SILA JANGAN PERCAYA, ROSAK AKIDAH KANG). Oh ya, makcik ni cakap, rahim aku ke bawah sangat.  So rahim aku pernah tinggi sangat, senget sangat dan bawah sangat. ~sigh~


-Kali kelima, dan yg paling latest 14,15,16 Jan 2012. Aku pi urut kat sorang adik ni kat Dengkil. ni, sorang sahabat yg rekemen. Sakit sungguh dia urut tapi dia kata rahim aku berada dlm kedudukan yg baik. Cuma urat2 sekitarnya bengkak sebab aku banyak minum ais. (haih..mati akal aku bab ni. Bukan banyak minum ais, aku mmg ketagih ais daaa...). Dia jugak pesan, suruh amalkan minum air halia ::faint::






Aku rasa mcm ada miss satu dua lagi makcik urut. Sape punye bibik ke. pernah urut aku. Mak yang punya kot(makcik aku) tapi tu biasa2 lah.. urut badan..


Urut tapak kaki aku tak cite la kat sini..bukan sekali dua aku buat.. hehehe



Wednesday 18 January 2012

Backdated synopsis I

Hmm.. honestly this is my first time writing blog. Like writing diaries..mula2 rasa nak tulis dalam bahasa inggeris. Bukan apa, dapat asah balik yg dah tumpul2 pastu mana tau kot2 satu donia baca. Tiba2 Mariah Carey pun baca ke.. Shah Rukh Khan pun baca ke.. tiba2 shah rukh khan datang Mesia jumpa aii.. auwwww...
<serius berangan tahap melampau..muahaha>
Bercakap ttg diary. Ai ada trauma sikit bab tulis diari ni.. hmmm.. dulu mak ai baca diari ai. Ai plak jujur. mak marah ai, ai marah mak balik dalam diary.. bila mak baca, dia belasah ai balik.. <maaf mak..mak tak salah, saya yg cute ni yg ntah apa2. konon2 rebel lah kunun >
Sejak dari tu.. mmg ai beli je diari buat semak. tulis nye? jangan harap..hehe




setelah hampir 4 tahun melayari alam rumahtangga.. setelah pi sana mengubat  berubat,  pi sini berubat. akhirnya ai beranikan diri pi testing kan diri ke LPPKN. sebelum ni tak berani dari segi financialy   sampai bila la kan?


-Pada bulan Ocktober, 2011 ai call LPPKN. Tanya nak pegi camne ape sume dan aku pun pegi.
Masa ni, akak misi daftar, bagi borang2 utk test2. Kata akak misi, siap test2 nanti, bawak resultnya jumpa doctor. Nak buat test ni kena tunggu period (takde hal la nak tulis pasal period kan? takde taboo lagi. sume dah pandai dan besor) . Dahtu punya la lama tak period. ai dah nak give up, nak gi ambik ubat kat klinik utk force. tup2 ujung bulan 12 terperiod pulak. Maka bermula lah sesi test mengetest.


-test pertama: Blood test pada hari ke-2 period. utk ujian hormon ape ke. ai lupa, nanti ai igt ai gitau ek?


-test kedua, HSG atau kata mudahnya x-ray rahim. pada hari ke-10 period(hari ke-10 dari hari 1st period). ni nanti ai huraikan alkisahnya.


-test ketiga, Blood test pada hari ke-21 period. utk ujian hormon progesterone (haa...yg ni ai igt..kekeke)


maka setelah semua test2 ni disiapkan iaitu isnin baru2 ni.(16/01/12), tarikh appoiment pun ditetapkan..pada 2nd Feb 2012. Elok le tu.. selesai sudah segala ke-busy-an kekahwinan keadik iparan..






Tiba2 rasa ada orang dok usha. satu jenis usha seperti org yg mengharapkan kasih dan sayang. Satu renungan dari sekujur tubuh yg terguling di atas kapet. Dari tubuh yg berkain pelikat, ber T-shirt TKO(tokeikedai).
Saya punya abam daa...


terbantut pulak rasanya nak pot pet lagi... oklah, esok ai sambung. hik hik...