Thursday 26 January 2012

Backdated Synopsis III - (ii)

Hmm.. ni sambungan kisah2 rawatan alternatif yg sebelum ni.


Oh ye, ada satu benda yg sepanjang setahun dua pertama perkahwinan yg kerap jadi kat aku selain dari mengigau. Bila aku bangun pagi2, aku ni ada habit sikit. Bangun2 terus gi mandi. Kalau aku tak mandi dulu and tangguh, maka lambatla aku nak mandi. Rasa takmo mandi je.. kekekke.. pastu kalau aku dah geli mengelijat sbb tak mandi, tapi aku tak dpt mandi, akan berlakula fenomena saket kepala yg tak best. Takdela sakit mana, tapi cukup utk menimbulkan rasa menyampah terhadap benda2 yg takde ape pun. Eh.. benda yg aku nak cakap bukan sakit kepala or mandi tapi kesan kat badan. Biasanya pagi2, aku bangun.. terhoyong hayang, tarik towel..pegi bilik air. Time mandi ni aku akan perasan ada mcm kesan cakar2 kat badan aku. Merata lah jugak. Hari ni kat bahu, esok kat perut, lusa kat mana2 aje(takkan aku nak sebut semua..isk isk). Kesan cakar ni akan hilang lebih kurang waktu zohor.biasanya, bila lepak2 malam2, kelebek2 balik, dah takde. Esoknya bile mandi, ada balik tapi lokasi lain. Aku igt, elergik ape2 ke.. tapi satu yg tak tahan, kesan cakar tu sama je bentuk dia. 3 baris, panjang dlm 2-3 inci. Aku sendiri tak pasti..masa bila benda ni hilang. Skrg dah takde, maybe dlm tahun ke 2 mcm tu lah kot?(sungguh aku tak igt).


 Apabila aku involve dgn benda2 mistik mcm ni, aku jadi tak suka org tido rumah aku sbb aku takut, aku terbangun tgh2 malam, buat hal depan org. Plus, biasanya aku akan bangun dgn sangat letih. The thing is, sampai hari ni aku takleh recall apa2. Abam cerita, dia siap bleh soal jawab ngan aku tgh2 malam. Siap aku bleh bgtau kampung aku celah pokok buluh tepi tasik la..aku nak kau tinggalkan dia(aku le) la..apela. Macam2 lah dialognya.. tak tergamak aku nak igtkan balik. Sedih.


-ok, kali ni sesi ngigau2 ni jadi balik. Kali ni aku dah mula tak boleh blah..tak mungkin stress lagi. Syukur aku dikelilingi org yg banyak (walau bukan semua) support aku dari segi emosi dan mental terutama abam, family, anggun and friends :). Tapi aku segan gila nak pi balik jumpa Hj Lokman sbb salah aku ler.. tak amalkan ape yg disuruh a.k.a padan muka aku. aku biarkan..sampai hampir 6 bulan lagi.. oh ye, time ni kami dah pindah balakong. Last2 serender gak la.. so kami pun pegi. Time ni beliau dah populer.. abam pegi nak dpt kan date, 1 bulan pastu baru leh jumpa. huhuhu..
Kali ni, beliau bgtau aku yg aku disihir kembali, dari sumber yg sama. cuma kali 21 jin dihantar kat aku. Aku terkesima la jugak.. ::versi loqlaq:: mak oi.. ramainya puak2 ni berkampung.. ::versi sebenar:: hanya Allah yg tau hati aku waktu tu. Terasa nak sgt tau, sapa la yg gamak sgt buat camni. Nak apa dari aku sebenarnya? Kalau aku boleh bagi, aku bagi..  Sampai hari ni aku taktau sapa punya kerja. Tu jugak salah satu sebab aku tulis blog ni. Aku nak bgtau, sapa2 ada yg tak puas ati kat aku, aku minta maaf banyak2. Aku pun manusia, ada banyak khilaf. Jika aku buat silap itu bukan sesuatu yg pelik. Terutama jika silap tu dah lama berkurun, kalau boleh janganlah dikenang2, dihafal2..
ok, masalah yg seterusnya adalah tarikh utk jumpa seterusnya adalah 6 bulan kemudian..isk isk
so pergi lah lagi.. kali ni beliau kata, dah ok.  so next appoiment adalah utk sesi usaha utk dapatkan zuriat which aku tak pergi sbb aku takleh nak menyabo dgn date dia..hehehe


-Next, actually ni bukan next.. ni in between aku pun tak igt masa bila. Adalah abah mak aku di kenalkan ngan sorang perawat ni. So sebagai langkah berusaha, kami pun pergi lah jumpa. Sesungguhnya, aku taktau nak kata apa.. eksen gile pakcik ni. huhuhu..
pakcik ni cakap.. org panggil dia ghost buster (yeah you read it right.. aku dah jumpa datin maimon way before maharaja lawak lagi..isk isk) pastu dia cakap, dia tengok aku pun dia tau, aku ada saka.. haikk?? pastu pakcik ni bagi namecard.. aku tak boleh blah le part ni. Name card dia ade nama ngan nombor telepon dan jawatan dia sebagai GHOST BUSTER.. errrkkhhh... tak cukup dgn tu. background name card tu gambo CASPER tgh terbang lagi.. ::sila tepuk dahi:: maka kesimpulannya. satu kereta kitorang gelak terkekek2 masa balik.. dan aku tak pi lagi dah jumpa pakcik maimon tuh..


-Ada lagi sorang pengubat ni pun ntah sapo rekemen.. dipendekkan cerita takde yg pelik pakcik ni melainkan aku tengok ade kain2 kuning and selepang2 mcm org silat2 gitu. punca aku tak sambung pi kat pakcik ni sbb aku hampir tersembur dgr apa yg dia mintak. kat aku, lps dia scan kata aku ok.. takde masalah. Tiba2 dia tengok abah aku, dia kata ada org nak santau abah aku tapi tak berjaya. Pastu nak ubatkan kena bawak barang2 ni .. timun, epal ijau, tomato. aku dah terkesima kat situ.. nak masak som tam ke? dalam aku terkesima tu, datang la sorang pesakit. dia ni maybe dtg utk rawat sbb dah siap bawak barang2 utk berubat.. guess what? dia bawak kobis, carrot, timun, tomato dan banyak lagi sayur ::ok, sila tepuk dahi lagi:: aku dah mcm weird sikit.. pengalaman aku bila dah terlibat ngan benda2 gini, seboleh2nya aku takmo guna benda2 perantara sebagai pengubat. Jadi sbb hati aku pun goyah.. maka aku pun back off.


-Ha...ada sorang lagi, ni kawan aku yg bawakkan.. kat rawang. pakcik tu urut abam. anak pakcik tu urut aku.. pakcik tu kata aku ok takde ape.(dari segi kedudukan rahim) kat abam aku plak dia nak urut kasik kuat..aaaii.. ni dah cerite lain..adei.. aku larik le. gasakla diorang nak sembang ape, aku gi men jejauh.
Aku urut situ 3 kali.. ikut syarat urut biasa. pastu tak sambung dah sbb jauh.. huhuu rawang ooo...
(haaa..kan aku dah kata. ada sesi urut yg aku miss dlm entry sebelum ni...kekkeke)


Selain berubat ala2 mistik ni. Aku cuba jugak


Ubat2 tradisional:


-Homeopati.. dua tempat. dua2 gagal sbb aku takleh nak disiplin pantang larang.


- Aku try maajun. Alhamdulillah.. nampak better skit period cycle. tapi selagi makan, takleh le nak ngandung. So aku stop dah maajun.


- Aku makan ubat kedai cina. <tak sedap, dan tak wangi> dah telan.. tak de perubahan.


- Aku guna ubat.. er.. aku lupa ubat apa nama dia tu. mcm air yg dah di ngaji2kan. titis2 masuk dlm air minum tu. Kak Nurafidah yg bagi. (tenkiu akak..pelok siyom sket)


-Aku amalkan habbatus sauda. Bila aku teringat, aku titikkan dlm air minum/masakan aku.


- Aku amalkan minyak zaitun dalam masakan aku. Kalau aku buat salad, mmg konpem aku tuang punya. Pasta pun sama. lepas rebus and tos, aku akan tuang minyak zaitun kat pasta tu.


-Aku kurangkan guna minyak sawit utk menggoreng. Aku pakai minyak bunga matahari.


- Aku ada buah zuriat yg dibeli dari mekah. Kak yin bagi (tenkiu kak yin..mua muah). tapi aku tak gunakan lagi..sayang sgt2.(gilo apo ntah?) bukan sayang.. sebolehnya aku nak regulate kan period dulu baru makan.
Oh ya, ada juga opismet abam bagi buah zuriat ni. Kire dlm simpanan aku ada dlm 3 biji.


-Aku ada serbuk debunga kurma, sarip bagi. Pun sama kes spt di atas, aku masih belum guna.


-Aku ada kapsul habatus sauda dari mekah, yg ni aku lupa sgt2 sapa bagi.


-Kadang2, sekali atau dua kali dlm sebulan, aku akan panaskan susu dan masukkan safran dlm tu and minum(ada org pesan, safran tak elok ambil kerap tapi baik jika diambil).


Ketiga2, benda dari mekah (kapsul habatus sauda, buah zuriat dan serbuk debunga kurma) insyaAllah, aku akan mula guna selepas appoiment aku dgn LPPKN 02.02.12 ni. Selepas aku jumpa doc, baru aku bleh rancang timing nak consume.


As usual, of course ada yg miss nih.. 4 tahun itu lebih dari seribu hari.. banyak yg berlaku dlm tempoh tu. tak mudah nak igt semua. Tapi aku dah cuba perah, memori aku sebaik mungkin..  hehehe...


Akhirnya, aku boleh move on ke kisah lain plak...ngeeeeeeee...

4 comments:

  1. Replies
    1. wahai cik aku.. sesungguhnya, baru kejap tadi diri ku dpt figure out siapa anda.. isk isk..

      Delete
    2. hihihihihihi...kantoi.....!!!!!

      Delete
    3. good luck!!! terus berusaha k.

      Delete