Thursday 1 March 2012

Apa yg akan dibuat (dah mula buat sebenarnya)

Yaa.. sepatutnya entry ni cerita pasal apa yg akan aku buat. Akan tetapi sbb sebulan lewat dari waktu sepatutnya entry ni dibuat. Maka, dah tak berapa akan lagi dah.. sbb dah mula pun.. kikiki..

Sepatutnya, aku akan bgtau plan aku kat sini. dan setiap kali ada sebarang update akan lahirlah entry baru.
Tapi let just see.. apa jari jemari tak brapa runcing aku menaip.

Pada sekitar bulan November, akhirnya bertemankan abam, aku beranikan diri pergi menjejakkan kaki ke LPPKN.  Yang ni, aku mmg betul2 tak igt tarikh dan yuran pendaftaran dia berapa. Maybe dlm RM50.

<aku akan senaraikan apa saja harga yg dikenakan di tempat ini sebagai rujukan utk sapa2 yg berniat nak pegi LPPKN tapi ketakutan dgn ketidak cukupan wang ringgit. Aku taknak ada orang patah semangat mcm aku sebelum ni so u guys can menabung, cari duit lebih atau apa saja bagi mencapai sebarang target yg korang nampak. LPPKN adalah sebuah badan kerajaan. Kalau tak silap aku, kos rawatan adalah partially subsidies manakala consultation adalah rate gomen.>

Kata akak yg bertugas(this akak sgt nice! lemah lembut budi bicara. Nama dia, kulupa.. nanti kalau pegi lagi ku skodeng). Oh ya, sebelum tu. Aku pegi ke LPPKN caw. Shah Alam. Sebelum ni aku selalu dimomokkan dgn kesukaran mendapatkan tarikh appoiment. Tapi sgt le terkejutnya aku. tak la susah pun? Akak tu cakap, buat test2 yg disuruh (mcm biasa..nanti aku listkan). Dah siap semua test, call utk tetapkan appointment.
Aku yg menyedari diri tak period2 mmg terkonpius.. sbb selagi tak period, mcm mana nak test semua ni?
So aku call klinik tu, dan diorang cakap..ambil ubat utk turunkan period. Aku macam tak syok aa...sbb takut mempengaruhi test2. Dalam aku dok tensen2 tuh.. tetiba pada 27th Disember datang pulak bulan menyinari ni.

Maka bermulalah segala test2 yg disuruh iaitu:
(hari yg dikira adalah hari pertama period)

Hari ke3 : Blood test. for FSH dan LH. (ada 2 hormon yg akan di uji. kos: RM45.50)
              : Abam turut perlu buat semen test. (kos: RM23.35)

Hari ke10 : HSG (aku rasa aku nak cerita pasal HSG ni dlm satu entry. nanti aku buat entry baru. kos RM180.00)

Hari ke 21: Blood test. for progesterone. (kos RM22.75)

Total korang kire senirik aci tak? sbb kalau boleh, aku tak nak hitung in public(dlm diary aku kire dan padahal mmg terang2 dah tulis cuma aku tak nak state total amount sbb aku taknak ada yg tiba2 rasa costly bila tengok total. Sedangkan perbelanjaan bukan kena pada hari yg sama.

17th Jan selepas tamat semua test, aku call LPPKN semula. diorang bagi date 19Jan tapi diorang bgtau that date agak ramai org yg dah buat appmnt. Maka aku pun tanyalah bila next appmnt kalau aku tak boleh datang on that date. Sebenarnya sehari selepas tarikh tersebut aku dah kena bersiap nak gerak ke Jitra. Adik ipar aku punya majlis pernikahan kat belah pihak perempuan(belah biras). Jadi aku sebagai org yg mmg pening kepala kalau kelam kabut, terpaksalah aku gave up tarikh tu. Walaupun ikut hati, aku tak pedulik ramai mana pun, sanggup tunggu gitu.. hehe..

So dapatla aku tarikh baru, the only date yg available adalah 2feb2012. Memandangkan anniversary aku 1stFeb, maka  cukuplah entry ni setakat ni dulu.. sbb nak bagi laluan entry enibeseri kuh.. kih kih kih..

2 comments:

  1. ngek!!! sebulan lebih aku tunggu entry ko.. banyak ngelat gak ko ek.. hahaha.. next entry bila? aku pun tgh amalkan EPO 1000mg tp sbb piyed aku tak kuar abes.. perut bloating cm belon. effect few system dlm body tu psal Doc. suh aku amek EPO tuh.
    hah.. cite enibesari tu masuk skali dlm nih.. leh aku tgk cane muka abam ko tuh.. ihiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... ampunnn...
      tengok keadaan camne. aku cadang nak update rini. tapi kalau keje banyak. aku pun tatau. maybe esok lusa ke. mlm ni aku mengajar tusyen..hehehe

      Delete