Wednesday 25 January 2012

Backdated synopsis III - (i)



23-01-2012 . Sekarang ni aku ada dalam train ETS menuju dari Ipoh ke KL. Movie kat depan mata ni Harry Potter..nice kan? Seperti yg dijanjikan, aku akan cuba karang selengkap mungkin dan update satu persatu tentang pengalaman TTC aku selama hamper 4 tahun ni(insyaAllah, seminggu lagi genap 4 tahun). Kali ni, aku cuba compilekan pengalaman dengan perawat2 alternatif. Mesti ramai suke citer2 mistik nih.. oleh itu, aku cerita detail sikit. Kasik even more menarik. :)

Bermulanya aku terlibat dengan perkara sebegini, adalah ketika memasuki tahun kedua perkahwinan.  Masa ni aku tinggal di UK perdana. Sebelum tu aku tinggal di Bandar Permaisuri berdekatan dengan downtown Cheras. Kerap jugalah aku membakar kalori di downtown tu. Selepas pindah ke UK Perdana pun kami stil merayap ke sana.

-Ntah mcm mana, one night tu..kami saja la gatal nak try urut tapak kaki kat situ. Lps tu abam mcm tertarik nak buat bekam. Pakcik tu pun cerita lah pasal bekam ni. Amalan nabi dan sebagainya..juga ayat2 yg dibaca ketika berbekam. Aku pun terasa nak join sekaki. So dengan berani2 yg tak berapa berani.. aku hulurlah kaki aku. Seriously, aku seram le jugak.. bila pakcik tu nak cucuk2 guna jarum yg org guna utk check darah tu. Tapi tiba2 aku rasa ringan je, mcm tertidur. Pastu tetiba pakcik tu kata dah sudah. Aku blur gila? Aku nak bangun, abam n pakcik tu tahan.  Dia duduk, rehat dulu.   Masa tu aku dah saspek, ape kes?
Then bila aku dah minum air masak yg pakcik tu bagi, abam cerita. masa tu. pakcik tu tgh nak cucuk2 tu. pakcik tu baca sedikit ayat dari surah2 pendek. tiba2 aku mengelupur siap terterajang pakcik tu sekali(ya ampun..sib baik aku pakai seluar. kalau kain?errr...). Pakcik tu kata, nanti pergilah jumpa mana2 ustaz, pegi berubat, ade yg tak kena ni dik. Nak tunggu pakcik, pakcik sibuk sgt sebulan dua ni. Hoh.. mistik gila nih! cuak den.. lepas beberapa ketika kami bergerak dari gerai tu. Ada sorang pekerja pakcik tu kejar kitorang. Dia kata, dia bleh dtg rumah, bekam kan abam dan rawat aku sekali. Kitorang yg mmg diambang ke mistikan ni, iyekan ajelah. so the next few days, dia pun datang and buat bekam abam. Sungguh kami kena kena tipu ngan mamat ni. Bila tanya fees, dia kata alahh..biasa2 je. Pas dia bekam abam, dia kire camne ntah tiba2 RM550!! terkejut badak dibuatnya. Terpaksa aku korek tabung singgit aku. Tu pun tak cukup. Abam plak cover ngan saving dia. Padan la mamat ni tak berani nak offer diri depan pakcik tu. Lepas kitorang blah baru dia kejar. Ambik kesempatan rupanya. Takpelah, bukan rezeki kami. Pastu dia tanya plak, nak rawat aku ke tak? Abam kata..haa..nanti2 teleponn... (mmg harapan la nak telepon..kekeke)

-So, selepas tu kami pun bgtaulah kat mak pasal hal ni. Mak pun apa lagi, tanpa pengetahuan kami, terus cari member mak yg terer bab2 mende gini. Malam tu sepatutnya kami pergi tengok theater, musical puteri gunung ledang. First time aku nak tengok teater tu(sudahnya sampai arini aku tak pi2 dan masih belum berpengalaman menonton teater di istana budaya..hehehe). Mak call and cakap..balik ipoh pada kadar segera. so kami pun lelongkan lah tiket2 tu. Frust jugak. kalau tak silap, kami plan hampir 17 orang mlm tu. Alih2 tak dpt join. Takpelah, bukan rezeki kami. 
Bila balik dan di introduce kpd pakcik tersebut, pakcik tu kata.. ade bunian minat kat aku(sungguh la..aku mintak maap, bukan aku perasan tapi pakcik tu yg cakap camtu) pastu pakcik tu cakap, depa ni dua orang. Dua2 minat kat aku dan tak suka aku kawen ngan abam. Tempat tinggal diorang ni, semak kat belakang bilik aku.ni mesti kes terskodeng lalu terpesona melihat aku kot tingkap neh.. Jadinya, diorang kunci hati ngan rahim aku. Bagi aku kalau nampak abam je nak amok.. nak gadoh..  . oh ye, aku kerap jugak mengigau malam2 tapi aku anggap benda2 tu sbb aku stress. Mmg aku stress tahap tinggi gak time tu. Ntah pape je ntah isu yg buatkan aku stress. ok lepas setel ngan pakcik tu, balik KL abam cakap dah kurang ngigau.. hmm.. suratan atau kebetulan? wallahualam..

-tak sampai 3 bulan, aku start balik mengigau.. disusuli dengan amok2 tahap gaban. Lepas amok aku akan blur. Tapi ntah, aku malas nak pk berubat. sbb aku masa tu pikir mmg aku stress. Silap aku kisah sgt kata dan pendapat org. Aku kisah sgt nak capai kepuasan hati org sampai nak paksa diri aku. Tapi aku yg degil ni mmg tak suka nak paksa diri lebih2.. last2 aku amok sbb gagal nak capai kepuasan hati orang. hahaa.. ngok kan? Dalam keadaan yg agak meruncing (aku dah mula berfikir ttg putting a fullstop. Org kalau dah suka sgt, buat apa tunggu lagi?), tiba2 mak ajak pegi Adelaide. yaa.. sounds good, tapi sbb faktor financial.. tang mana goodnya. Nak buat passport pun aku korek tabung. Duit poket? pun korek tabung.. Abam pun bagi gak..lepas convert, adalah tak sampai AUD80. Campo duit aku adalah dlm 150. nak pegi 2 minggu...hahaha.. pitam tak? Gile ape nak mintak kat mak lak.. sedangkan tambang aku 100% mak tanggung. Tu pun aku stress. Aku anak sulung, patutnya aku yg tanggung mak aku. Dari kecik, kami tak diajar meminta2 dan mengepow2 sesedap rasa. Stress sungguh aku bila pikir aku ni nama je sulung tapi haram tak guna dkt keluarga sendiri. (honestly, i really thought of that). Ni bukan apa, kes terkejut kot..dok nak kena tanggung mcm2..sebelum ni semua uwang ana..ana yang punya..kekeke
Ok, dah melalut kelaut ni.. Setibanya aku kat Adelaide. benda pertama yg aku buat, aku call abam. Oh ya, sebelum pegi tu, sempat lagi aku menyampah ngan dia. Dah naik kapal terbang baru tau takut mati tak sempat mintak ampun adei..After that phone call, aku tak tunggu lama utk call lagi..
weird sgt? tiba2 rindu melampau2..habis kredit adik aku aku sebat. duit abam bagi. aku pakai 10 ke 20 dollar kot utk tepon? huhuuuu.. tak cukup dgn tu, sambung kat ym..pm tko dll. 
Time ni aku mula rasa pelik... mak pulak kata, kalau dah langkah laut, benda2 ada yg kena tinggal..(pehh..mistik sungguh). Masa ni aku kenal la seseorang ni(sorry, yg ni aku takmo expose) suggest aku jumpa sorang ustaz ni. Aku 50-50 je.
Akan tetapi.. setelah rindu bagai nak gila, aku pun balik lah ke KL. Guest what.. masa salam abam lagi aku dah mula nak naik baran for no reason? tapi aku control sbb ada mak abah. Naik je kereta.. aku dah amok. sampai aku tarik2 stereng soh berenti tepi jalan. Aku suruh abam kuar. Bukan aku nak tinggal dia..tapi aku takleh tengok muka dia. Aku ambik masa 5 minit je sebelum aku sebut. 
"abang esok kita pi jumpa Hj, Lokman. by hook or by crook. I rasa tak sedap hati sbb i have no reason for my upset feeling right now." Abam terus setuju.
Jumpa lah kami dgn En. Hj. Lokman.. ketika itu sudah agak glamour. pegi pkl 8, pkl 11 baru leh jumpa. Tapi lepas je kuar rancangan Penawar Syifa yg diacara kan oleh ashraf muslim tu, pegi hari ni bulan depan baru leh jumpa..huhuhu Masa aku pegi tu, aku di scan and di rawat oleh Hj Lokman n Ashraf Muslim oihh..putih melepak, kulit mulus tulus fulus betoii...jambu sungguh dia nih..(maaflah tapi ciptaan tuhan yg cantik takkan nak buat2 tak nampak lak)..arghh banyak nya melalut nih.. Menurut kata Hj Lokman, aku kena sihir. Ada (aku lupa) lbh kurang 15 ekor jin dlm badan aku. Errkkk!!! kalau korang rasa semacam.. aku lagi rasa macam2.. tengok jin pun aku tak berapa teringin inikan pulak simpan2 dlm badan. Ust cakap, jin tu tinggal dkt hati, perut, kedua2 belah ovari dan juga rahim. Aku sedih gila.. sbb tak expect ada org yg ada hati buat org lain mcm ni? hey..kau boleh datang, sepak aku.. simbah air kencing sekali pun kat aku. tapi jgn main2 ngan setan jin. Agak2 la..
Lepas balik dari tu.. aku ngan abam aman bahagia sejahtera sgt. jumpa ust kali kedua pun ust kata dah clear..dah ok dah. 

silapnya aku kat sini. aku tak amalkan ayat2 al-quran yg disuruh amalkan masa kali terakhir jumpa tu. Kemanan tu tak kekal lama.. maybe dlm 6/7 bulan.

aku rasa aku akan sambung dlm new post sbb panjang sgt dah ni.
it will be in Backdated synopsis III - (ii)

7 comments:

  1. bapak jauhnye aku nak tunggu cerita ko.. fuh2.. kuatkan semangat!! sila update atleast 1 entry sehari. hahaha... tak ku sangka, ku ingat kan korang lah pasangan yg comel dan paling bahagia.. ghupe2nye banyak ujian korang ek.. sabar lah byk2 sahabat.. Insyallah Tuhan akan sentiasa disisi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa...sorry2..
      sehari sekali? aku rasa boleh, insyaAllah bermula febuari dah boleh kot. tapi kan, kalau cerita dah habis..aku nak tulis ape plak?? hahaha...

      part comel tu mmg betul sgt dah tu.. ::sila bertabah::
      part bahagia tu, mana nak dapat bahagia kalau tak kena sebijik dua. lainla kalau kami membesar sama2..masing dah tau bau kentut masing2 mcm mana. kui kui kui...

      thanks sahabatku baby.. sgt2 hargai doa mu :)

      Delete
  2. seb bek tak kena tinggal tepi hiway masa balik dari klia..kekekke...

    ReplyDelete
  3. adoiii.. rase nak penyepak je org yg amik kesempatan tuh iskkk geram je bace

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak nampak orgnya mmg rasa nak sepak gak.. tapi bila pikir balik..kang dia antar antu kat umah lak cane? akekeke..
      lepas seminggu dua tu kot.. org tu telepon abam. nak pinjam duit. nak pinjam 200 kot.. alasan kereta rosak. adi kata takde duit byk tu..last sekali, diskaun punya diskaun dia nak pinjam 50 lak.. tak ke ampeh?
      bila adi dah bertegas mcm tu..akhirnya mamat tu tak telepon lagi.. huhuhu

      Delete
  4. memang tak malu... dh kebas ratus2.. nak mintak lagi...bleh plak nak pinjam duit dari customer dia.. biol apa org camtu

    ReplyDelete